ASSALAMUALAIKUM
AHLAN WA SAHLAN YA MARHABAN

Tuesday, December 29, 2009

HIDUP..

bermaknakah cinta lelaki pada seorang insan yang bernama perempuan?
itu persoalan sekarang
kebanyakkan lelaki millenium kini masih punyakan matlamat?
ingin memiliki seorang perempuan seikhlas dan setulus hati?
apakah motif mereka berkahwin?
meramaikan umat Rasulullah saw?
memelihara nasib perempuan itu?
atau sekadar memuaskan nafsu?
itulah persoalannya sekarang
bukan prejudis terhadap kehadiran lelaki
namun
dunia kini benar2 terpesong dari jalan yang sebenar
mampukah lelaki kini menjadi khalifah?
sehebat sahabat2 dahulu?
mampukah mereka perjuangkn nasib wanita kini
seperti yang dilakukan Rasulullah dulu?
/
/
/
/
/
/
ku tinggalkan semua ini menjadi persoalan
diharap ada yang sudi menjawab
I really need the answer..

Monday, November 23, 2009

MENGENAL ERTI SYUKUR

dalam kita xsedar sebenarnya kita ini terlalu jauh dari mensyukuri nikmat Allah
kita terlalu taksub pada dunia yang semantara ini
segala yang terjadi,setiap kejayaan yang kita kecapi kita tidak pernah bersyukur sebenarnya..kita terlalu bangga dgn apa yang kita ada sedangkan semua itu dari Allah
bila kita gagal atau kecewa baru tersedar untuk mengingati Allah
betapa kita ini terlalu leka
pernah x kita terfikir..setiap kebaikan yang kita dapat adalah hadiah dari Allah?
cuba berfikir sejenak..kita terlalu sukar untuk ucapkan Alhamdulillah.
setiap hari kita keluar untuk pergi kerja atau belajar,bila sampai pernah x kita ucapkan Alhamdulillah?
habis kerja atau kelas kita pulang..kita selamat smpai rumah.tapi ada x kita ucap Alhamdulillah? kita mungkin lupa atau dalam erti kata lain kita mmg xpernah buat pun
sedar x kita walaupun kita xpernah minta dari Allah,tapi Allah tetap memberi kita kebaikan..
kita saja yang sering lupa untuk bersyukur..erti syukur jadi semakin beerti bila kita kesusahan atau kesempitan,tapi mnjadi beban bila kita senang dan beroleh kesenangan.
RENUNG2KAN DAN FIKIR2KAN

Saturday, November 21, 2009

36 DAYS IN HOSPITAL

36 hari
tempoh yang bukan sekejap
malah memakan masa yg lama
itulah apa yg aku baru lalui
satu episod hidup yg tidak dijangka
bukan perkara mudah
bagi seorang insan biasa
untuk berhadapan dgn org sakit
dikelilingi org sakit
dan
menguruskan org sakit
maaflah
sudah terlalu lama kiranya
aku tidak mencoret di laman ini
hurm...
sedih,rindu dan sepi
semua rasa
berpadu jadi satu
agak tertekan
tapi byk memberi manfaat
bukan mudah untuk seorang perempuan
bila berada dalam kelompok lelaki
ya..
itulah kenyataan
aku terpaksa jaga adik aku yg accident
dan
adik aku lelaki
berada dlm wad yg dipenuhi lelaki
dan
ternyata hanya aku perempuan
knp..?
sbb adik aku sorg je yg ada penjaga
rasa simpati tumpah
mencurah-curah
melihat insan yg sakit
tidak dpt bergerak normal
tapi sendirian
tanpa penjaga
mahu atau tak
aku terpaksa menolong
mulanya rasa terpaksa
rasa tertekan
tapi bila masa berlalu
pesakit silih berganti
itu sudah menjadi rutin
bukn hanya menguruskan adikku
tapi turut membantu menguruskan pesakit lain
bukan nak tunjuk baik
tapi hati aku yang berdetik begitu
sayu bila lihat
ada yang
mengaduh kesakitan
situasi yg paling terkesan sekali pada aku
bila ada sorg patient
tak putus2 menyebut nama Allah
syahdu kurasa
KEPATAHAN
bukanlah sesuatu yg dpt diterima
oleh akal waras
sedih
tersayat hati bila ada yg meraung kesakitan
mungkin sudah tidak ditanggung
kesakitan yg mencengkam
ada juga yg dikhabarkan
telah meninggal
rasa kehilangan dan sedih sekali
menguruskan seorg adik yg tidak dpt bergerak
adalah sesuatu yg amat mencabar bg aku
bukan mudah sbnrnya
semua dilakukan atas katil
tumpah rasa kasih pada adik
wlupun kdg2 rasa tersentak bila dimarahi
aku tahu dia sakit
dan
dia hny menyatakan rasa sakitnya
ya Allah
itu baru sakit dunia
bagaimana sakit di akhirat kelak
moga adik aku cepat sembuh..
mudah2an Allah permudahkan segalanya..
ameen


Wednesday, October 14, 2009

DIRIKU MILIK ALLAH SELAMANYA





 

                                                                                                                          Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
Ya Allah

Thursday, October 1, 2009

hari ini dan berulang lagi

pagi tadi cuaca agak mendung
hujan sekejap dtg 
dan 
sekejap pergi
rasa singkat sangat masa
seolah-olah masa untukku terus beribadah makin singkat
masih ku kuatkan kaki untuk bertahan
hingga tengah hari
cuaca masih mendung dan dingin
namun
aku..?
berpeluh
rintik2 jernih peluh itu makin galak
peritnya rasa
ia dtg lagi
rasa bagai ditikam-tikam didada
ya Allah
berilah aku kekuatan untuk bertahan
bantulah hambaMu
aku masih berdiri disitu dan bertahan
pandanganku mula berpinar
kelam
kelam
dan 
~GELAP~
syukur Ya Allah
aku masih punya kesempatan lagi untuk menatap indahnya duniaMu
harapanku moga esok aku masih miliki peluang ini
Ya Allah
panjangknlah umurku
janganlah Kau ambil nyawaku
selagi aku masih belum mampu bahagiakan insan yg aku sayang
aku hanya punya dia Ya Allah
berilah aku peluang Ya Allah
hanya dia yg kumiliki
hanya dia yg aku kasihi
hanya dia yg sanggup berkorban untukku
bantulah hambaMu ini Ya Allah
aku sayang IBUku
aku mahu dia bahagia sebelum aku menutup mata
biar aku derita sendiri
aku rela
aku tidak mahu dia bersedih lagi..
AMEEN

Wednesday, September 30, 2009

hari ini dan sekali lagi

hari ini pagi ini
sekali lagi ia datang
Ya Allah 
ujian apakah ini
terlalu perit kurasakan
andai itu dapat mengampunkan segala dosaku
aku redha Ya Allah
ini bukan pertama kali aku rasa sakit begini
entah kenapa ia sering datang
rasa sakit menyucuk-nyucuk didada
sakit sgt
bukan kesukaran bernafas
aku pun tak tahu
apakah ini petanda tentang hayatku?
atau ujian Allah padaku?
Ya Allah
ampunilah dosaku
andai umurku tidak panjang
lorongkanlah aku ke jalan yg diredhaiMu
aku mohon Ya Allah
bantulah hambaMu ini
ampunilah segala dosa2ku
berilah kebahagiaan pada insan2 yang aku sayangi
AMEEN

Monday, September 28, 2009

KALA INI


tika ini aku masih mencari jawapan yg belum pasti
makin aku mencari makin aku jauh pergi
dibebani dosa silam
dihambat kenangan hitam
aku takut 
aku sedih 
aku gusar
masih adakah untukku keampunan dari Allah?
masih terbukakah pintu taubat untukku?
kekecewaan dari hidup yg lalu byk mengajar aku 
banyak menyedarkan aku
rupa-rupanya
hidupku yg dulu lebih sempurna berbanding hidupku sekarang
aku yang tersilap langkah
tersasar ke jalan kelam
ke jalan keseronokan
aku sedar sekarang
aku ini masih punya yang sayang
aku masih Allah sayang
aku disedarkan sebelum terlewat
syukur ya Allah
Kau maha mengetahui
Kau maha pengampun