ASSALAMUALAIKUM
AHLAN WA SAHLAN YA MARHABAN

Wednesday, September 30, 2009

hari ini dan sekali lagi

hari ini pagi ini
sekali lagi ia datang
Ya Allah 
ujian apakah ini
terlalu perit kurasakan
andai itu dapat mengampunkan segala dosaku
aku redha Ya Allah
ini bukan pertama kali aku rasa sakit begini
entah kenapa ia sering datang
rasa sakit menyucuk-nyucuk didada
sakit sgt
bukan kesukaran bernafas
aku pun tak tahu
apakah ini petanda tentang hayatku?
atau ujian Allah padaku?
Ya Allah
ampunilah dosaku
andai umurku tidak panjang
lorongkanlah aku ke jalan yg diredhaiMu
aku mohon Ya Allah
bantulah hambaMu ini
ampunilah segala dosa2ku
berilah kebahagiaan pada insan2 yang aku sayangi
AMEEN

Monday, September 28, 2009

KALA INI


tika ini aku masih mencari jawapan yg belum pasti
makin aku mencari makin aku jauh pergi
dibebani dosa silam
dihambat kenangan hitam
aku takut 
aku sedih 
aku gusar
masih adakah untukku keampunan dari Allah?
masih terbukakah pintu taubat untukku?
kekecewaan dari hidup yg lalu byk mengajar aku 
banyak menyedarkan aku
rupa-rupanya
hidupku yg dulu lebih sempurna berbanding hidupku sekarang
aku yang tersilap langkah
tersasar ke jalan kelam
ke jalan keseronokan
aku sedar sekarang
aku ini masih punya yang sayang
aku masih Allah sayang
aku disedarkan sebelum terlewat
syukur ya Allah
Kau maha mengetahui
Kau maha pengampun