pagi tadi cuaca agak mendung
hujan sekejap dtg
dan
sekejap pergi
rasa singkat sangat masa
seolah-olah masa untukku terus beribadah makin singkat
masih ku kuatkan kaki untuk bertahan
hingga tengah hari
cuaca masih mendung dan dingin
namun
aku..?
berpeluh
rintik2 jernih peluh itu makin galak
peritnya rasa
ia dtg lagi
rasa bagai ditikam-tikam didada
ya Allah
berilah aku kekuatan untuk bertahan
bantulah hambaMu
aku masih berdiri disitu dan bertahan
pandanganku mula berpinar
kelam
kelam
dan
~GELAP~
syukur Ya Allah
aku masih punya kesempatan lagi untuk menatap indahnya duniaMu
harapanku moga esok aku masih miliki peluang ini
Ya Allah
panjangknlah umurku
janganlah Kau ambil nyawaku
selagi aku masih belum mampu bahagiakan insan yg aku sayang
aku hanya punya dia Ya Allah
berilah aku peluang Ya Allah
hanya dia yg kumiliki
hanya dia yg aku kasihi
hanya dia yg sanggup berkorban untukku
bantulah hambaMu ini Ya Allah
aku sayang IBUku
aku mahu dia bahagia sebelum aku menutup mata
biar aku derita sendiri
aku rela
aku tidak mahu dia bersedih lagi..
AMEEN